Thursday, October 30, 2008

Kawasan Segi Tiga Bermuda



Sempadan Segi tiga Bermuda berbeza, sesetengah menyatakan bentuknya menyerupai trapezium menyelitupi Selat Florida, Bahamas, dan keseluruhan pulau Caribbean timur Azores; yang lain menambah Teluk Mexico kepadanya. Sempadan segi tiga yang lebih biasa ditulis dalam buku mempunyai titik sempadannya di pantai Florida Lautan Atlantik; San Juan, Puerto Rico; dan pulau Bermuda tengah Atlantik, dengan kebanyakan kejadian tertumpu kepada sempadan selatan sekitar Bahamas dan Selat Florida.

Kawasan ini merupakan salah satu laluan perkapalan yang paling banyak dilalui di dunia, dengan kapal melintasinya setiap hari bagi pelabuhan di Amerika, Eropah, dan Kepulauan Caribbean. Kapal Kruise turut banyak tersedia, dan kenderaan rehlah sering berulang-alik antara Florida dan kepulauan tersebut. Ia turut merupakan laluan paling banyak diterbangi bagi kapal terbang persendirian dan prdagangan menghala ke arah Florida, Caribbean, dan Amerika Selatan dari titik utara.

Arus lautan Arus Teluk mengalir melalui Segi tiga Bermuda selepas meninggalkan Teluk Mexico; arusnya sekuat lima hingga enam knot mungkin memainkan peranan dalam beberapa kehilangan. Ribut mengejut mampu dan pernah muncul, dan pada musim panas sehingga akhir musim gugur kadang-kala hurikan menghentam kawasan tersebut. Gabungan antara laluan laut sibuk dengan cuaca tidak menentu menjadikannya tidak mustahil kapal mampu karam dalam ribut dan tenggelam tanpa sebarang kesan – terutama sebelum teknologi kominikasi, radar, dan satelit dipertingkatkan pada akhir abad ke-20.

0 comments: